fb fb fb fb fb

RedBull MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish Sasar podium di Le Mans

Hakim Danish raih tempat kedua pada perlumbaan sulung RedBull MotoGP Rookies Cup di Sepanyol

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pelumba muda negara, Hakim Danish bersedia menghadapi pusingan kedua RedBull MotoGP Rookies Cup hujung minggu ini di Litar Le Mans, Perancis.

Tahun 2025 menjadi musim penentu buat Hakim bersama SIC Racing, dengan prestasinya bakal mempengaruhi peluang ke Grand Prix Malaysia (MalaysianGP) dan Moto3 tahun hadapan.

Kegagalan mencatat keputusan baik boleh menjejaskan harapannya berikutan kekangan dana pasukan.

Namun, Hakim memulakan musim dengan cemerlang apabila meraih tempat kedua pada perlumbaan di Jerez, Sepanyol, dan Estoril, Portugal.

Litar Le Mans sepanjang 4.19km yang memiliki 14 selekoh bakal menjadi ujian seterusnya buat Hakim dalam misi memburu kejayaan di pentas dunia.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD