KUALA LUMPUR, 30 Disember- Atlet taekwondo kebangsaan Nurul Hidayah Abdul Karim mengumumkan persaraan daripada sukan berkenaan kerana faktor kecederaan dan umur.
Pakar disiplin poomsae berusia 25 tahun itu berkata, beliau terpaksa membuat keputusan sukar untuk menamatkan kariernya.
Menurut Nurul, kecederaan pinggul yang dialaminya menyukarkan dia mengharungi cabaran lebih besar dalam sukan itu.
Nurul yang telah berkecimpung sejak berumur 10 tahun telah berjaya meraih pingat kejohanan dunia dan Sukan SEA.
Bagaimanapun, Nurul akan terus menabur bakti dalam taekwondo selaku jurulatih.
Antara pencapaian Nurul Hidayah sebelum ini ialah pingat perak acara berpasukan campuran bersama Jason Loo pada Kejohanan Poomsae Taekwondo Dunia 2022 di Korea Selatan.
Gandingan sama juga pernah meraih emas di Sukan SEA 2019 Filipina dan 2023 Kemboja.