KUALA LUMPUR, 31 Disember- Jaguh muay Thai muda negara, Muhammad Johan Ghazali dinobat sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Atlet tinju berusia 17 tahun itu dianugerahkan gelaran tersebut setelah mempamerkan aksi luar biasa sepanjang musim ini.
Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo membuka kempen 2023 dalam pertarungan Road to ONE Championship dengan penuh bergaya.
Dia berjaya menumpaskan dua wakil Thailand secara 'knockout' (KO) masing-masing pada 6 Februari dan 18 Mei lepas.
Selain itu, Jojo turut konsisten dengan mencipta dua lagi kemenangan berdepan lawan dati Thailand dan Rusia.
Jojo juga berjaya mencipta sejarah sebagai atlet tempur termuda memperoleh kontrak AS$100,000 dengan ONE Championship.