fb fb fb fb fb

Rangkuman Kejohanan Badminton Dunia 2022: Tiga wakil negara ke suku akhir, Zii Jia pulang awal

(Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia/FOTO fail BEERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Tiga daripada tujuh wakil negara mara ke suku akhir, dengan kejutan berlaku dalam acara perseorangan menyaksikan Lee Zii Jia tersingkir seawal pusingan ketiga.

Sandaran utama negara itu dimalukan pemain China, Zhao Jun Peng dalam aksi 'rubber set' 21-19, 11-21, 21-19.

Nasib sama turut dialami pemenang pingat emas Komanwel Birmingham, Pearly Tan dan M Thinaah yang tunduk 16-21, 16-21 kepada gandingan Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.

Jun Peng mencipta impak seawal set pertama mengatasi Zii Jia dengan keputusan 21-19.

Menang mudah set kedua 21-11, Zii Jia bagaimanapun kian tenggelam dengan aksi pantas ditampilkan Jun Peng pada set penentuan, sekaligus tunduk 21-19.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah turut gagal meneruskan momentum cemerlang di temasya Komanwel Birmingham.

Pearly dan Thinaah gagal menyaingi ketangkasan permainan pasangan Jepun yang juga pilihan ke-5 kejohanan, Nami Matsuyama-Chiharu Shida sekaligus akur tewas 16-21, 16-21.

Beregu wanita muda negara,Vivian Hoo-Lim Chiew Sien juga terkandas, tewas 21-13, 21-16 kepada pilihan ke-3 kejohanan dari Korea Selatan, Lee So Hee dan Shin Seung Chan.

(Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke suku akhir/FOTO fail BERNAMA)

Sementera itu, pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke suku akhir menundukkan rakan senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin 21-17, 21-19.

Aaron dan Wooi Yik kekal tenang memenangi aksi meskipun diberi tentangan hebat terutama pada set kedua.

Mereka diiringi dua beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Goh Soon Huat dan Shevon Lai menewaskan pasangan Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue dengan kemenangan 21-16,21-6.

Manakala Kian Meng dan Pei Jing membenam cabaran pasangan Jepun, Kyohei Yamashita dan Naru Shinoya 21-12, 21-14.

Media Baharu