TOKYO, 24 November- Thierry Neuville dari Belgium merangkul gelaran dunia pertamanya pada usia 36 tahun pada Ahad selepas pesaing kejuaraannya, Ott Tanak, tersingkir akibat kemalangan pada hari terakhir Rali Jepun.
Tanak terbabas ke luar jalan dan melanggar pokok ketika peringkat pembukaan pada hari terakhir, menyebabkan dia tidak dapat mengejar Neuville dalam kedudukan keseluruhan.
Neuville bermula dengan kelebihan 25 mata di atas rakan sepasukan Hyundai dari Estonia, Tanak, yang merupakan juara dunia 2019.
Tanak sedang mendahului kedudukan keseluruhan apabila dia tergelincir di jalan hutan yang sempit pada awal pagi di Wilayah Aichi, tengah Jepun.
Dia dilihat terdiam bersama juruarahnya, Martin Jarveoja, sebelum membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta yang tidak dapat bergerak.
Juruarah Neuville, Martijn Wydaeghe, mendapat berita itu melalui telefonnya dan memeluk Neuville, yang telah lima kali menjadi naib juara dunia sebelum ini.
Neuville memulakan hari terakhir di tempat ketujuh tetapi masih di landasan tepat untuk memenangi gelaran dunia selepas pulih daripada permulaan yang teruk dalam rally penutup musim ini.
Tanak, yang memulakan hari dengan mendahului rally dengan kelebihan 38 saat di hadapan Elfyn Evans dari Britain di tempat kedua.
Keputusan itu juga menjejaskan peluang Hyundai untuk memenangi kejuaraan pengeluar.
Hyundai menyertaiRali Jepun dengan kelebihan 15 mata di atas Toyota.-AFP