fb fb fb fb fb

Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royals 7s 2024: All For One muncul juara

Foto RTM

KANGAR, 2 Jun- Pasukan Ragbi dari Thailand, All For One muncul Juara bagi Kategori Lelaki Terbuka pada Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Perlis Royals 7s 2024 yang berlangsung hari ini.

Pasukan berkenaan menewaskan wakil Malaysia, UPM Serdang Angels 15-12 pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit di di Padang B Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Selaku Juara, All For One menerima hadiah wang tunai RM8,000 berserta piala.

Manakala UPM Serdang Angels selaku naib juara menerima RM4,000 dan pingat.

Sementara itu, bagi kategori Wanita Terbuka, juara menjadi milik pasukan Perlis Border Girls yang membenam wakil Indonesia, DKI Jakarta 26-5.

Perlis Border Girls menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan pingat. Manakala DKI Jakarta membawa pulang RM2,000 berserta pingat.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD