fb fb fb fb fb

Ragbi Piala Agong 2025: Selangor tewaskan Perlis 17-13

Aksi perlawanan di antara pasukan Selangor (jersi putih/merah) menentang pasukan Perlis pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2025/ Foto RTM

PETALING JAYA, 14 September - Pasukan Selangor memulakan saingan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Perlis dengan keputusan 17-13.

Perlawanan yang berlangsung di Padang Astaka, Petaling Jaya itu menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua pasukan sepanjang permainan.

Selangor memperoleh kesemua mata mereka menerusi satu 'try' dan empat tendangan penalti yang disempurnakan oleh Peniasi Damu V Ragata.

Peniasi Damu menjaringkan satu 'try' pada minit ke-36 serta menambah 12 mata lagi hasil daripada empat tendangan penalti.

Sementara itu, Perlis pula mengutip mata melalui satu tendangan penalti dan dua 'try', namun gagal melakukan sebarang tendangan 'conversion', sekali gus membawa pulang 13 mata secara keseluruhan.

Pasukan Selangor pernah menjuarai Piala Agong sebanyak enam kali sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 1983 manakala pasukan Perlis masih belum pernah meraih gelaran juara.

Pasukan Selangor akan menentang pasukan Kelantan di EV Arena Elmina, Shah Alam manakala pasukan Perlis akan berdepan juara Piala Agong 2024, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN