fb fb fb fb fb

Ragbi: Montpellier cari jurulatih baharu

Patrice Collazo

MONTPELLIER, 18 Jun- Bekas pemain ragbi Perancis, Patrice Collazo akan meninggalkan peranannya di Montpellier tidak sampai tujuh bulan mengendalikan kelab itu di Top 14.

Bekas jurulatih Brive, La Rochelle dan Toulon, Collazo mengambil alih pasukan juara 2022 itu pada November lalu daripada Richard Cockerill dengan perjanjian dua tahun ketika bekas Presiden Persekutuan Ragbi Perancis Bernard Laporte dilantik sebagai pengarah ragbi.

"Kami tahu ia adalah jangka pendek," kata Collazo kepada Sud Radio.

"Itulah sebabnya saya menerima tugasan daripada Montpellier," tambah jurulatih berusia 50 tahun itu.

Montpellier, yang dimiliki oleh jutawan Mohed Altrad, menduduki tempat ke-13 dalam liga dan perlu menewaskan Grenoble dalam play-off penyingkiran pada Ahad untuk mengelak tercicir ke divisyen dua.

Altrad akan mengadakan sidang akhbar pada Selasa untuk mengesahkan butiran berkenaan permergian Callazo dengan bekas pemain half-scrum kelab itu Benoit Paillaugue dimasukkan dalam senarai untuk menyertai set kejurulatihan.

Bekas pemain tengah New Zealand Benson Stanley bersedia untuk kekal sebagai jurulatih pertahanan.

Pasukan selatan itu telah dikaitkan dengan bekas penyerang England Mako dan Billy Vunipola untuk musim depan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE