fb fb fb fb fb

Rafael Nadal umum persaraan

Foto AFP

MADRID, 10 Oktober - Legenda tenis Sepanyol, Rafael Nadal akan bersara daripada arena profesional selepas pusingan akhir Piala Davis pada November, menamatkan kariernya selepas memenangi 22 gelaran Grand Slam dan satu pingat emas perseorangan Olimpik.

"Saya akan bersara daripada tenis profesional. Realitinya selama beberapa tahun adalah tempoh yang sukar, terutama dua tahun terakhir ini.

"Ia jelas satu keputusan yang sukar, yang memerlukan saya mengambil sedikit masa untuk memutuskan. Tetapi dalam kehidupan ini, segala-galanya mempunyai permulaan dan pengakhiran," menurut Nadal dalam video yang dimuat naik di media sosial. -AFP

Trainee2