fb fb fb fb fb

Queiroz kendali pasukan Oman

Carlos Queiroz, sebagai ketua jurulatih baharu Oman - Reuters

MUSCAT, 16 Julai - Oman mengumumkan pelantikan bekas pengendali Real Madrid dan Portugal, Carlos Queiroz, sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan sebagai persiapan untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Oman mara ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia Zon Asia selepas menamatkan saingan di tangga keempat dalam Kumpulan B pada pusingan sebelumnya, dengan keputusan seri 1-1 menentang Palestin bagi mengesahkan tempat mereka ke peringkat seterusnya.

1607 SKN OMAN LANTIK COACH QUEIROZ 2Oman kini bersaing bagi kelayakan Piala Dunia 2026 - Reuters

"Queiroz mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan, selepas membimbing pasukan kebangsaan Portugal, Iran, Colombia, Mesir dan Qatar.

"Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih di Manchester United di bawah Sir Alex Ferguson," menurut Persatuan Bolasepak Oman di platform media sosial X.

Dalam masa sama, pihak pengurusan persatuan turut merakamkan penghargaan kepada ketua jurulatih terdahulu, Rashid Jaber, serta barisan kejurulatihannya atas sumbangan mereka sebelum ini.

"Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan kejurulatihan terdahulu yang diketuai jurulatih tempatan Rashid Jaber atas usaha mereka sebelum ini dan mendoakan kejayaan mereka pada masa akan datang," menurut kenyataan itu.

Oman akan menyertai Iraq, Qatar, Arab Saudi, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu dalam undian pusingan keempat yang dijadual esok. – REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK