fb fb fb fb fb

PSG benam Real Madrid 4-0, mara ke final

Ramos beri penghormatan kepada Jota dengan gaya sambutan 'gamer'.

NEW YORK, 10 Julai - Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) tampil garang apabila membenam Real Madrid 4-0 di MetLife Stadium, New York sekaligus mara ke pentas final.

Beraksi dihadapan ribuan penyokong, skuad kendalian Luis Enrique mempamerkan aksi luar biasa di separuh masa pertama dengan mendahului 3 gol.

PSG membuka jaringan seawal minit ke-6 menerusi Fabián Ruiz sebelum Ousmane Dembélé menggandakan kelebihan tiga minit kemudian.

Ruiz kemudian meletakkan pasukannya selesa di depan dengan gol ketiga pada minit ke-24.

Real yang dibimbing Xabi Alonso cuba bangkit, namun sandaran utamanya, Kylian Mbappe buntu untuk cuba membolosi gawang kelab lamanya itu.

PSG sebaliknya menambah satu lagi gol menerusi Gonçalo Ramos pada minit ke-87, sekaligus menyaksikan PSG mara ke final dengan bergaya untuk bertemu Chelsea.

TUN JULIA MOHD TAHIR