fb fb fb fb fb

Projek MSN, senarai nama pemain kebangsaan diserah akhir bulan ini - PSM

Foto Fail/BERNAMA

MELAKA, 9 Disember- Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menghantar senarai penuh nama pemain kebangsaan dalam Projek MSN, akhir bulan ini.

Ini sebagai persediaan awal menghadapi kejohanan utama dalam kalendar 2025.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata setakat ini, sebanyak 14 nama dikemukakan dan ia akan dilengkapkan menerusi pemilihan berdasarkan prestasi ditunjukkan pemain selepas Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024 yang berakhir pada Ahad (semalam).

Jelas Datuk Mohd Sumali, skuad Projek MSN itu akan menghadapi kejohanan utama tahun depan, seperti Piala Asia, Piala Raja Thai dan Sukan SEA 2025 di Thailand.

Dalam pada itu, PSM juga bercadang untuk menganjurkan Piala Belia Kebangsaan tahun depan bagi kategori bawah 20 tahun sebagai usaha merancakkan pembangunan sepak takraw pada peringkat akar umbi.

Usaha tersebut berikutan senario sukan itu semakin mendapat perhatian daripada masyarakat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM