fb fb fb fb fb

Program Y-Career tawar lebih 10,000 peluang pekerjaan

TUARAN, 17 Julai- Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Program Y-Career sempena karnival Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan.

Inisiatif tersebut antara yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memastikan lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan kepada belia, seterusnya menurunkan kadar pengganguran.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu KBS menerusi program Skill For Youth (S4Y) pula, 2,000 peluang latihan dan jaminan pekerjaan disedia melibatkan peruntukan RM3 juta.

Sambutan Hari Belia Negara 2022 / FOTO FB Faizal Azumu

Tambah beliau, bersesuaian dengan tema 'Ini Masa Kita', belia kini tidak boleh lagi mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebaliknya perlu proaktif bergerak ke hadapan dan berusaha memajukan diri.

Media Baharu