fb fb fb fb fb

Prihatin tragedi gempa bumi, KDA FC hulur sumbangan

(Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali menyerahkan sumbangan wang
tunai kepada wakil penduduk Aksu di sebuah hotel di Antalya, Turkiye/FOTO Facebook KDA FC)

ANTALYA, 16 Februari - Prihatin dengan tragedi gempa bumi yang menimpa Turkiye, pasukan Kedah Darul Aman, (KDA FC) tampil menghulurkan sumbangan pada hari terakhir pasukan itu dalam sesi .

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak sebagai tanda ihsan kepada mangsa yang terselamat bagi tujuan bantuan pembelian makanan, minuman dan pakaian bagi penduduk yang terjejas.

"Ini merupakan derma dan sumbangan KDA FC kepada mangsa gempa bumi Turkiye daripada pihak pengurusan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar serta pemain-pemain yang telah membuat beberapa kutipan derma untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di sini.

"Kami mendoakan agar segalanya dipermudah dan berjalan dengan baik kepada pihak-pihak yang terjejas kerana gempa bumi serta penduduk-penduduk yang terlibat," katanya.

(Sorotan foto perlawanan terakhir di Turkiye menentang Metalist Kharkiv FC berkesudahan tewas 0-2/FOTO Facebook KDA FC)

Sumbangan wang tunai disampaikan oleh Khamal kepada wakil penduduk Aksu yang ditimpa gempa bumi, di sebuah hotel di Antalya, Turkiye pada Rabu.

Skuad KDA FC berada di Antalya sejak 6 Februari lalu bagi menghadapi empat perlawanan persahabatan.

Siri jelajah kali ini memberi pendedahan buat ramai muka baharu apabila berpeluang bertemu dengan pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi di Eropah.

Media Baharu