fb fb fb fb fb

Presiden PSM tekad tidak akan tarik laporan polis

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos- Rentetan dakwaan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan mengarahkan pemain-pemain sepak takraw negara untuk memboikot Kejohanan Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok baru-baru ini, beliau tekad untuk tidak menarik laporan polis dan membawa isu ini ke muka pengadilan.

Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(PERSEWIP) menyerahkan sepenuhnya segala proses berkaitan perundangan kepada peguamnya untuk sebarang tindakan segera mungkin.


(Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan (tengah) semasa 
Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT)

Jelasnya lagi tindakan perundangan yang akan diambil ini bukan untuk mengeruhkan lagi arena sepak takraw tanah air namunya ianya adalah soal maruah dan reputasi dengan tuduhan melampau terhadapnya selaku pemegang taruh utama PSM.

Ketika ditanya motif tuduhan dan dakwaan itu dilontarkan kepadanya dan PSM, beliau menyatakan tidak tahu, namun pelik kerana kesannya cukup besar dan ianya perlu dihentikan dengan pengadilan di mahkamah.

"Saya cakap terus terang dengan peguam pun saya dah berterus terang, semua peguam saya pun dah bincang sama mengenai isu ini untuk diteruskan ke muka pengadilan, insya-Allah minggu depan saya akan buat samantentang perkara ini," kata Sumali Reduan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT) di Kuala Terengganu yang turut disempurnakan oleh Presiden PSNT, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya.

Media Baharu