fb fb fb fb fb

Piala Thomas 2024: Malaysia jumpa Jepun di suku akhir

Undian suku akhir Piala Thomas 2024 menyaksikan Malaysia bertemu Jepun/ Foto BWF

KUALA LUMPUR, 2 Mei - Malaysia melalui laluan getir selepas diundi bertemu Jepun pada aksi suku akhir selepas satu majlis undian berlangsung di Chengdu, China.

Dalam majlis undian berkenaan, juara 14 kali, Indonesia diundi bertemu naib juara Kumpulan A, Korea Selatan manakala tuan rumah, China diundi bertemu India.

Keputusan lain, Taiwan diundi bertemu wakil Eropah, Denmark.

Skuad negara menamatkan saingan Kumpulan D selaku naib juara selepas tewas 3-2 di tangan Denmark pada perlawanan terakhir kumpulan.

Pada edisi ke-32 di Nonthaburi, Thailand dua tahun lalu, skuad Piala Thomas negara menamatkan kempen di suku akhir apabila tewas 3-2 di tangan India, pasukan yang muncul juara selepas menewaskan Indonesia di pentas final.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD