fb fb fb fb fb

Piala Sultan Azlan Ahah: Belgium cipta sejarah juara edisi ke-31, Malaysia tempat ke-4

Pemain pasukan Belgium meraikan kejuaraan selepas berjaya menewaskan India 1-0 pada aksi final Piala Sultan Azlan Shah ke-31 di Stadium Hoki Azlan Shah, malam tadi/ BERNAMA

IPOH, 30 November - Belgium muncul juara Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 selepas menewaskan India 1–0 dalam aksi final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, malam tadi.

Kemenangan tipis itu melengkapkan kempen cemerlang Red Lions sepanjang kejohanan.

Perlawanan bermula pantas dengan kedua-dua pasukan saling memburu gol awal.

Belgium kemudian lebih banyak mengawal permainan dan beberapa kali menguji pertahanan India.

Minit ke-34, Thibeau Stockbroekx memanfaatkan ruang dalam kawasan D untuk membuka tirai jaringan dan meletakkan Belgium di depan.

India cuba menggandakan asakan pada babak kedua, namun benteng Belgium kekal cemerlang menutup setiap ruang serangan.

Dalam perebutan tempat ketiga, New Zealand menewaskan Malaysia untuk menamatkan saingan di tangga ketiga, manakala Malaysia berakhir di kedudukan keempat.

Kanada pula mengakhiri kempen di tempat kelima, disusuli Korea Selatan di tempat keenam.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan trofi kejuaraan kepada pemenang.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN