fb fb fb fb fb

Piala Sudirman: Malaysia kekalkan momentum kecemerlangan, atas Australia 4-1

Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 30 April- Kem negara mengekalkan momentum kemenangan, dengan menewaskan Australia 4-1, dalam aksi kumpulan C Piala Sudirman 2025.

Keputusan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan ke suku akhir.

Aksi yang berlangsung di Gimnasium Xiamen Fenghuang, China, Malaysia kutip mata pertama menerusi regu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mengatasi Ricky Tang-Gronya, 21-8 dan 21-12.

Perseorangan negara, Justin Hoh kemudian menggandakan mata, menundukkan Shrey Dhand, 21-9 dan 21-15.

Perseorangan wanita, K. Letshanaa turut menambah mata ketiga menewaskan Bernice Teoh Kai Qi, 21-6 dan 21-8 kemudian diikuti kemenangan mudah Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan Jack Yu-Frederick Zhao 21-8, 21-9. 

Satu mata berjaya diperoleh Australia, menerusi Gronya Somerville-Angela Yu yang menewaskan regu negara, Go Pei Kee-Carmen Ting.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik optimis untuk kekalkan momentum terbaik apabila berdepan pasukan Jepun nanti.

Beregu di ranking keempat dunia itu mengakui pasukan negara matahari terbit itu, sememangnya cabaran utama buat mereka.

"Perlawanan seterusnya dengan pasukan Jepun, kita akan cuba untuk menang dan ambil posisi juara kumpulan," kata Aaron.

Pasukan kebangsaan akan berdepan Jepun bagi melengkapkan perlawanan peringkat Kumpulan C, Khamis ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM