PASIR GUDANG, 3 Disember- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai (Akademi JDT B-17), Johor muncul juara Liga Piala Remaja KPM-FAM 2023 selepas menewaskan SMK Syed Hassan dari Perlis dengan keputusan 1-0, pada Sabtu.
Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu menyaksikan jaringan tunggal Abid Safaraz Rozaidi sudah cukup memastikan kejuaraan milik tuan rumah.
Perlawanan berlangsung sengit sejak wisel permulaan namun lebih dikuasai serangan SMK Syed Hassan.
Tuan rumah yang hanya sekali sekala melancarkan serangan balas bagaimanapun bijak menyudahkan peluang.
Minit ke-31 menyaksikan Abid Safaraz berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan penalti lawan untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Alif Hakimi untuk tuan rumah didepan 1-0.
SMK Syed Hassan cuba bangkit menyamakan kedudukan terutama pada separuh masa kedua namun gagal membuahkan hasil.
Keputusan 1-0 kekal hingga wisel penamat bagi membolehkan SMK Taman Desa Skudai muncul juara kategori bawah 17, edisi ke-16 itu.
Perlawanan akhir itu turut disaksikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang optimis lebih banyak penganjuran sukan dapat dijayakan pada tahun hadapan.
Fadhlina turut yakin sukan bola sepak mampu mencungkil bakat dan potensi pelajar bagi bergelar atlet sukan profesional.
"Pertandingan ini bermula daripada peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan.
"Kita mendapat sokongan penuh daripada FAM dan KBS bagi penganjuran program ini. Jadi secara tidak langsung, pembangunan bola sepak negara turut terlibat dalam usaha memastikan bakat dan potensi ini terus diperkukuhkan", kata Fadhlina yang ditemui selepas pertandingan di sini.
Dalam pada itu, Akademi Mokhtar Dahari bawah 14 pula muncul juara kategori berkenaan menewaskan Akademi JDT B-14 dengan keputusan 3-2, pada aksi final yang berlangsung di stadium sama.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM bersedia dengan garis panduan yang ditetapkan bagi menghadapi kemungkinan banjir buruk sehingga menjejaskan perjalanan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM bulan ini.
Menurut Fadhlina, persiapan menghadapi peperiksaan itu yang bermula 5 Disember ini berjalan lancar walaupun berlangsung ketika musim Monsun Timur Laut,(MTL)
"Pihak KPM sudah bersiap siaga terutamanya persiapan dan garis panduan sekiranya berlaku banjir.
"Seperti tahun lalu, ada peperiksaan yang terpaksa dihentikan kerana banjir dan memerlukan peperiksaan ulangan. Jadi kesemua itu telah kita muatkan dalam garis panduan berkenaan", katanya di sini.
Sebanyak 5,063 buah sekolah sebelum ini diumumkan telah diwarta sebagai pusat pemindahan banjir (PPS) bagi menghadapi bencana tersebut yang diramalkan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut.
Manakala sesi persekolahan di sekolah yang dijadikan PPS tetap berjalan seperti biasa.
SPM yang bermula 5 Disember melibatkan kira-kira 260 ribu calon ujian amali Sains
Manakala sesi persekolahan di sekolah yang dijadikan PPS tetap berjalan seperti biasa.
SPM yang bakal bermula 5 Disember melibatkan kira-kira 260,000 calon ujian amali Sains