fb fb fb fb fb

EPL : Newcastle tewaskan Manchester United

FOTO AFP

NEWCASTLE, 3 Disember- Jaringan tunggal Anthony Gordon sudah cukup buat Newcastle United yang bergelut dengan krisis kecederaan pemain menewaskan Manchester United 1-0.

Pada perlawanan tersebut,'Magpies' yang menurunkan skuad kedua dilihat mendominasi perlawanan sehingga menyukarkan barisan pertahanan manchester United yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan ketika bertemu dengan sembilan pasukan teratas Liga Inggeris musim ini.

Kemenangan itu bermakna skuad bimbingan Eddie Howe menduduki tangga kelima liga dengan 26 mata manakala Manchester United tergelincir ke tangga ketujuh dengan 24 mata selepas 14 perlawanan.

Pengurus Newcastle, Eddie Howe nyata gembira dengan persembahan yang ditunjukkan anak-anak buahnya pada perlawanan berkenaan.

"Saya sangat gembira dengan persembahan yang ditampilkan para pemain terutamanya ketika menentang tiga pasukan teratas liga.

"Kemenangan ini memberikan suntikan keyakinan buat pasukan dan kami mampu buat lebih baik dengan kembalinya pemain utama dalam skuad nanti", kata Howe kepada TNT Sports.

Skuad Magpies telah memenangi ketiga-tiga perlawanan menentang Manchester United dalam semua pertandingan sejak 1992.

Pemain Newcastle, Anthony Gordon yang menjaringkan gol kemenangan sekali gus gol keenamnya dalam kempen Liga Inggeris berkata dia bangga dengan jaringan tersebut yang disifatkannya membantu melebarkan kemenangan buat pasukannya.

"Ini adalah hasil kerja keras berpasukan. Saya hanya berusaha dan ini hasilnya. Saya sangat gembira dan meraikan detik-detik tersebut", kata Gordon.

Jaringan Gordon pada minit ke-55 hasil umpanan Kieran Trippier selepas Manchester United kehilangan penguasaan bahagian tengah.

Di sebalik kemenangan tersebut, Newcastle kehilangan penjaga gol utama, Nick Pope yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-86 selepas mengalami kecederaan bahu.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD