fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Piala Presiden 2023, JDT III dinobat sebagai juara

(Foto FB JDT)

JOHOR BAHRU, 2 Oktober- Johor Darul Ta'zim (JDT) III berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Presiden bagi dua musim berturut-turut selepas menewaskan Negeri Sembilan FC dengan agregat 5-1 pada aksi akhir kedua, malam tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru itu menyaksikan JDT III menang 2-0.

JDT III berdepan asakan demi asakan Negeri Sembilan FC pada minit awal perlawanan, sebelum Fergus Tierney menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-58.

Perlawanan yang dihujani kad kuning itu, menyaksikan pemain tengah JDT III Najmuddin Akmal Kamal, dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasari pemain lawan.

Pasukan tuan rumah memanfaatkan masa tambahan, dengan menyumbat satu lagi gol, menerusi penalti yang disempurnakan Abdul Raziq Abdul Rahman.

Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat, sekali lagi membenarkan skuad muda Harimau Selatan itu menjulang trofi Piala Presiden 2023, buat kali kedua.

Ketua Jurulatih JDT III, Sanz Zaballoz Gonzalo berkata kejuaraan itu adalah hasil daripada usaha anak-anak buahnya yang memberikan prestasi terbaik setiap masa.

"Dalam JDT tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Tidak silap saya ini adalah kejuaraan ke-50 buat kelab JDT.

Jadi, cabaran demi cabaran, kami semakin baik. Kami sangat gembira dengan sikap para pemain, mereka berlatih bersungguh sungguh untuk kemenangan ini," kata Zaballoz kepada media selepas perlawanan.

"Kita tahu akan susah sedikit sebab NSFC akan bagi saingan pada awal permainan. Jadi, taktikal kita kena menjadi sebab jurulatih nak kita kekalkan kawalan permainan dan babak kedua kita tingkatkan intensiti permainan. Kalau anda nampak juga, banyak juga kesalahan yang kita lakukan demi mencapai kemenangan ini," kata Fergus Tierney.