fb fb fb fb fb

Piala Liga: Manchester United dan Arsenal tersingkir

FOTO REUTERS

MANCHESTER, 2 November - Manchester United dan Arsenal terkeluar daripada kejohanan Piala Liga selepas ditumpaskan lawan masing-masing.

Pasukan 'The Red Devils' tewas 3-0 kepada Newcastle United, Manakala Arsenal ditunjukkan jalan keluar oleh West Ham, 3-1.

Kekalahan itu menyebabkan skuad bimbingan Ten Hag itu kini merekodkan 15 kekalahan dalam semua pertandingan dan merupakan permulaan buruk buat skuad berkenaan sejak musim 1962-1963.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di halaman sendiri itu, Manchester United dilihat tidak bermaya menentang Newcastle United yang berjaya menjaringkan gol menerusi Miguel Almiron pada minit ke-28, Lewis Hall minit ke-36 dan Joe Wilock minit ke-60.

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan pasukannya beraksi dengan teruk dan memohon maaf kepada para penyokong kelab tersebut atas kekalahan yang dialami.

"Ini sesuatu yang tidak bagus. Kami (Manchester United) harus bertanggungjawab atas kekalahan ini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.

"Saya memohon maaf kepada para penyokong. Permainan yang ditunjukkan pasukan berada di bawah tahap sebenar", kata Ten Hag.

Sementara itu, hasrat penjaga gol Arsenal,Aaron Ramsdale bagi meraikan kepulangannya sebagai penjaga gol utama pasukan itu digagalkan dengan kegagalannya menghalang pintu golnya dibolosi dengan tiga jaringan sendiri Ben Smith pada minit ke-16, Mohammed Kudus pada minit ke-50 dan Jarrod Bowen-60.

Gol saguhati Arsenal di jaringkan oleh Martin Odegaard pada minit ke-90.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD