OHIO, 6 Februari- Impian pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari untuk ke pentas akhir dalam cabaran skuasy Piala Gaynor Cincinnati 2022 terbantut selepas tewas di tangan wakil tuan rumah Amerika Syarikat, Olivia Fietcher 2-3.
Pada aksi yang berlangsung di Cincinnati Country Club, atlet berusia 23 tahun itu bermula dengan langkah kanan selepas mudah mencatat kemenangan 11-4 di set pertama.
Fietcher bangkit di set kedua untuk meraih kemenangan 11-3, namun gagal meneruskan kecemerlangannya selepas set ketiga menjadi milik Sivasangari yang mencatat kemenangan 11-6.
Sivasangari tewas 16-18 di set keempat dan kecundang 9-11 di set penentuan, sekali gus menamatkan perjalanannya dalam kejohanan berkenaan.
Terdahulu, Sivasangari mara ke peringkat separuh akhir selepas membenam cabaran Tinne Gilis dari Belgium, Jumaat lalu.