ZHANGJIAKOU (CHINA), 6 Februari- Atlet papan luncur New Zealand, Zoi Sadowski Synnott memenangi pingat emas pertama dan julung kali buat New Zealand di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.
Atlet berusia 20 tahun itu, berpakaian serba hitam, melakukan luncuran yang diberi jolokan "best run of my life".
Beliau melakukan lompatan terakhir dengan cemerlang sekali gus memperoleh markah 92.88, memintas atlet Amerika, Julia Marino untuk memenangi pingat emas.
Beliau mengangkat tangan sebagai tanda kemenangan sebelum dikerumuni Marino dan pemenang pingat gangsa Australia Tess Coady bersama rakan sepasukannya dengan aksi mengibarkan bendera New Zealand.
“Sejujurnya saya masih tidak percaya, tetapi ia sememangnya lebih bermakna bagi kerana memenangi emas pertama New Zealand,” kata Sadowski Synnott, yang dilahirkan di Sydney tetapi berpindah ke New Zealand pada usia enam tahun.
"Ia membuatkan saya sangat bangga menjadi seorang Kiwi."
New Zealand sebelum ini memenangi satu pingat perak dan dua gangsa di Sukan Pyeongchang 2018.
"Ia adalah pingat emas Olimpik Musim Sejuk pertama New Zealand dan saya harap saya membanggakan negara dan warga New Zealand dapat meraikan kejayaan bersama," katanya. -AFP