fb fb fb fb fb

Piala Dunia : Qatar, negara tuan rumah pertama tersingkir selepas dua perlawanan

(FOTO AFP)

DOHA, 26 November- Negara tuan rumah Qatar tersingkir daripada Piala Dunia berikutan kekalahan kedua berturut-turut.

Qatar tewas 3-1 kepada Senegal dan menjadi pasukan pertama yang tersingkir daripada Piala Dunia kali ini selepas Belanda dan Ecuador seri 1-1 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.

Juara Asia, Qatar menaruh harapan tinggi untuk menyertai kejohanan itu tetapi menjadi pasukan tuan rumah kedua yang tersingkir di peringkat kumpulan, selepas Afrika Selatan pada 2010.

Gol daripada Boulaye Dia, Famara Diedhiou dan Bamba Dieng sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada juara Afrika, Senegal.

Mohammed Muntari menjaringkan gol tunggal Qatar Piala Dunia setakat ini dalam penampilan sulung yang amat mengecewakan di pentas terbesar bola sepak dunia.

Ia adalah kali pertama negara tuan rumah Piala Dunia tersingkir selepas hanya dua perlawanan.

“Kami ingin memohon maaf kepada penyokong dan seluruh negara,” kata pemain pertahanan Qatar, Tarek Salman.

"Kami telah membuat mereka berasa sedih kerana tewas dua perlawanan berturut-turut dalam Piala Dunia."

Senegal kini mesti menewaskan Ecuador untuk mara ke fasa kalah mati manakala Qatar berdepan Belanda. -AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu