(FOTO AFP)
AL KHOR, 26 November- Iran menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk mengejutkan Wales 2-0 dan memberi nafas baharu dalam kempen Piala Dunia yang dibayangi bantahan besar-besaran antikerajaan di tanah air mereka.
Pemain Iran akhirnya menyanyikan lagu kebangsaan mereka sebelum kemenangan mereka ke atas Wales, setelah memilih untuk hanya mendiamkan diri dalam perlawanan pembukaan mereka di Qatar sebagai tanda sokongan yang jelas kepada penunjuk perasaan.
Iran menghukum Wales yang diketuai Gareth Bale pada minit kelapan masa kecederaan apabila pemain gantian, Rouzbeh Cheshmi mencetak nama selaku penjaring menggamatkan seluruh stadium.
Tidak lama selepas itu, Ramin Rezaeian pula menceriakan penyokong The Lions of Persia membuatkan Wales tergamam.
Terdapat adegan emosi ketika pemain dan staff Iran, termasuk jurulatih Carlos Queiroz, berpelukan di atas padang dan menerima pujian penyokong mereka.
Mehdi Taremi, penyerang bintang pasukan itu, memberi penghormatan kepada penyokong Iran.
"Terima kasih kepada penyokong kami, mereka membantu kami sepanjang masa," kata Taremi, yang ditepis oleh Wayne Hennessey apabila penjaga gol keluar dari gawangnya.
Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-86, menerima kad merah pertama Piala Dunia.
“Kami memerlukan penyokong untuk menyokong kami seperti biasa,” tambah Taremi.
Iran akan mara ke pusingan 16 terakhir jika mereka memenangi pertembungan politik dengan Amerika Syarikat pada Selasa. -AFP
(FOTO AFP)