fb fb fb fb fb

Piala Dunia : Neymar sah diketepikan pada aksi bertemu Switzerland

(FOTO AFP)

DOHA, 26 November- Kem pasukan Brazil mengumumkan bahawa penyerang superstar Neymar akan terlepas perlawanan seterusnya menentang Switzerland selepas dia mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika aksi menentang Serbia kelmarin.

“Hari ini adalah salah satu momen paling sukar dalam karier saya... dan sekali lagi dalam Piala Dunia,” tulis Neymar di Instagram.

"Saya mengalami kecederaan ya, ia menjengkelkan, ia akan menyakitkan tetapi saya pasti saya akan berpeluang untuk kembali kerana saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu negara saya, rakan sepasukan dan diri saya sendiri."

Neymar juga dikatakan bakal diketepikan untuk perlawanan terakhir kumpulan menentang Cameroon menurut laporan dari Globo Esporte Brazil. -AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu