fb fb fb fb fb

Piala Dunia : Ecuador ikat Belanda

(FOTO AFP)

DOHA, 26 November- Ecuador bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 1-1 dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia, awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan tuan rumah, Qatar, yang tewas dua perlawanan berturut-turut, menjadi pasukan pertama gagal ke pusingan kalah mati.

Dalam aksi di Stadium Ahmad bin Ali, Belanda mendahului permainan menerusi Cody Gakpo yang mendapat hantaran daripada Davy Klaassen pada minit keenam.

Ecuador bangkit di babak kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi Enner Valencia hanya empat minit selepas rehat.

Valencia kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol, tetapi terpaksa membayar harga mahal selepas mengalami kecederaan di akhir permainan.

Belanda dan Ecuador kini mendahului kumpulan dengan empat mata, diikuti Senegal tiga mata dan Qatar tanpa sebarang mata. -REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu