fb fb fb fb fb

Piala Dunia Qatar 2022 :Jerman dan Sepanyol mulakan misi menebus maruah

DOHA, 23 November- Jerman bakal memulakan misi menebus maruah pada rabu selepas kempen memalukan pada 2018 lalu.

Sementara Sepanyol dan Croatia turut memulakan sepak mula perlawanan pertama berdepan Costa Rica dan Maghribi.

Kekalahan mengejut Argentina kepada Arab Saudi membuatkan skuad jerman berwaspada menjelang pertemuan menentang wakil Asia, Jepun.

Pada edisi 2018, Jerman yang ketika itu diletakkan sebagai juara bertahan tersingkir awal di peringkat kumpulan selepas hanya menduduki tempat ketiga.

"Kekalahan empat tahun dahulu merupakan sesuatu yang teruk. kami menunggu begitu lama saat ini," kata pemain tengah Joshua Kimmich.

Menurut Kimmich, pasukan Jerman perlu memenangi perlawanan pertama bagi mengembalikan moral pemain.

"Perlawanan pertama adalah sangat penting memandangkan kami tewas pada perlawanan terakhir EURO dan tidak memenangi kejohanan tersebut. Kami berharap kami menang perlawanan menentang Jepun", katanya kepada media.

Sementara itu, Sepanyol pula berharap mampu membuat penampilan sempurna selepas edisi di Rusia empat tahun lalu.


(Luis Enrique, Ketua Jurulatih Sepanyol /AFP)

Pasukan 'La roja' itu dikejutkan dengan pemecatan jurulatih Julen Lepetegui yang menerima tawaran kelab Real Madrid sebagai jurulatih ketika masih membimbing skuad tersebut.-AFP


Skuad yang dianggap paling muda itu kini dikemudi oleh Luis Enrique yang menyisihkan pemain paling berpengalaman, Sergio Ramos.

"ia adalah sesuatu yang positif kerana pemain muda ini memberi tenaga buat pasukan. Kami cuba menguruskan mereka berdasarkan pengalaman yang ada", kata Luis Enrique.-AFP

Media Baharu