fb fb fb fb fb

Arsenal menang tipis 1-0 ke atas Spurs

Foto Reuters

LONDON, 16 September - Gabriel Magalhaes menjadi penyelamat Arsenal untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Mikel Arteta agak tempang tanpa kapten Odegaard akibat kecederaan buku lali yang dialami semasa tugasan Norway.

Manakala Declan Rice menjalani penggantungan kerana kad merah ketika menentang Brighton.

Kehilangan dua pemain berpengaruh itu pada awalnya dilihat bakal memberi kesukaran kepada Arsenal dalam kunjungan mereka ke Seven Sisters Road bagi berdepan musuh tradisi mereka Spurs.

Bagaimanapun, Arsenal mempamerkan aksi bertenaga dengan persembahan penuh bertenaga sebelum Gabriel meledak gol kemenangan pasukan pada minit ke-64.

Gol pemain pertahanan Brazil itu membolehkan Arsenal merekodkan kemenangan ketiga dalam empat perlawanan musim ini.

The Gunners ketika ini berada di kedudukan kedua carta liga, ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Skuad kendalian Mikel Arteta selepas ini akan menumpukan perhatian kepada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di Atalanta pada Khamis. -AFP

Trainee2