fb fb fb fb fb

Alvarez ,Gallagher tambah 'sengat' Atletico Madrid

Foto Reuters

MADRID, 16 September - Jaringan pertama Conor Gallagher dan Julian Alvarez membuahkan hasil kepada Atletico Madrid
dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Valencia.

Dengan Antoine Griezmann menjaringkan gol kedua di stadium Metropolitano.

Atletico tidak tewas dalam lima perlawanan pertama mereka dan menyamai 11 mata dengan saingan di tempat kedua, Real Madrid dan Villarreal, di tempat keempat.

Pemain antarabangsa England Gallagher, yang tiba dari Chelsea pada musim panas ini, menjaringkan gol pada minit ke-39 selepas Rodrigo de Paul membuat hantaran cantik

“Conor mengharungi permainan yang hebat, dia menambahkan banyak keamatan pada perlawanan itu,” kata penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

Atletico meneruskan asakan pada separuh masa kedua dan Griezmann menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-54.

Kemudiannya, pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone membawa masuk pemain baharu, Julian Alvarez dari bangku simpanan.

Percaturan itu berjaya apabila Alvarez mendapatkan gol pertamanya dalam lima penampilan untuk kelab baharunya.

Atletico bakal menerima kunjungan RB Leipzig pada hari Khamis dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara mereka.- AFP

Trainee2