fb fb fb fb fb

Piala Dunia Kelab: Manchester City mudah atasi Wydad Casablanca 2-0

Foto REUTERS

PHILADELPHIA, 18 Jun – Manchester City memulakan kempen Piala Dunia Kelab 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan Wydad Casablanca dari Maghribi 2-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G yang berlangsung di Stadium Lincoln Financial, Rabu.

Gol-gol kemenangan dijaringkan pada separuh masa pertama oleh Phil Foden dan Jeremy Doku, dalam perlawanan yang menyaksikan City menurunkan barisan kedua selepas pengurus Pep Guardiola merehatkan beberapa tonggak utama termasuk Erling Haaland, Rodri, Ruben Dias, Bernardo Silva, Josko Gvardiol dan John Stones.

Perlawanan yang berlangsung dalam cuaca panas terik itu menyaksikan City hanya memerlukan kurang dua minit untuk mencipta jaringan pembukaan.

Foden menyambar bola selepas percubaan lintang Savinho gagal dikuis kemas oleh penjaga gol Wydad, Mehdi Benabid, lalu menyepak masuk gol pembukaan dengan rembatan.

Gol kedua hadir tiga minit sebelum rehat apabila sepakan sudut Foden disudahkan oleh Jeremy Doku yang bijak mencuri ruang untuk menyumbat gol kedua City.

City menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain muda Rico Lewis dilayangkan kad merah terus pada minit ke-88 akibat terjahan keras ke atas Samuel Obeng.

Kemenangan itu meletakkan wakil England itu di landasan terbaik untuk mara ke peringkat kalah mati, walaupun masih berbaki satu perlawanan.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD