PHILADELPHIA, 25 Jun- Chelsea mara ke pusingan 16 Piala Dunia Kelab selepas menewaskan ES Tunis, 3-0, dalam perlawanan terakhir kumpulan D, dekat sini, hari ini.
Kemenangan itu menyaksikan The Blues bakal membuat perhitungan dengan juara Kumpulan C, Benfica pada Ahad ini untuk merebut slot ke pusingan seterusnya.
Terdahulu, Chelsea selaku pasukan pelawat memperoleh gol menerusi tandukan pemain tengah, Tosin Adarabioyo sebelum pemain baharu, Liam Delap menemui jaringan kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Kelab gergasi Eropah itu sekali lagi memperoleh gol pada saat-saat akhir permainan.
Kali ini menerusi rembatan dilakukan pemain muda berusia 19 tahun, Tyrique George pada penghujung separuh masa kedua, sekali gus menewaskan penjaga gol dari Tunisia, Bechir Ben Said.-AFP