fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: England atasi Wales 3-0

(FOTO IHSAN FIFA)

DOHA, 30 November- England menempah perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia menentang Senegal.

Marcus Rashford dan Phil Foden menginspirasikan kemenangan 3-0 menentang Wales sekali gus menyaksikan negara jiran mereka itu gagal ke pusingan kalah mati.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu mengesahkan tempat pertama dalam Kumpulan B hasil sumbangan penting daripada Rashford dan Foden selepas mereka dikembalikan kepada pasukan oleh bos England itu.

Dalam perlawanan tersebut, Rashford menjaringkan gol pada minit ke-50 sebelum Phil Foden menggandakan pendahuluan England selang seminit.

Rashford menjadi wira buat England apabila berjaya menewaskan penjaga gol, Danny Ward pada minit ke-68 untuk menjamin kemenangan 3-0.

Kemenangan itu meletakkan England berada di puncak kumpulan dengan tujuh mata dan bakal bertemu Senegal pada pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, Wales menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan dengan satu mata pertama buat mereka di Piala Dunia selepas tempoh 64 tahun penantian.

Begitupun, penampilan mereka selepas 1958 berakhir tanpa satu pun kemenangan dan hanya meraih satu gol dalam tiga perlawanan.

"Saya fikir kami mempunyai kawalan sepenuhnya pada separuh masa pertama tetapi tidak mencipta peluang yang cukup jelas. Kami hanya merasakan bahawa dengan menukar posisi pemain sayap, kami boleh mendapat pilihan untuk mereka keluar dari garisan. Phil melakukannya dengan sangat baik untuk sepakan percuma," kata Southgate.

"Anda memerlukan gol dari semua posisi. Sudah tentu ia menjadi masalah kepada pasukan lawan jika ancaman datang dari kawasan lain."

Sementara itu, Pengurus Wales, Rob Page berkata: "Kami perlu meletakkan sesuatu dalam perspektif. Kami tidak mempunyai pemain seperti yang dimiliki England. Ia satu pencapaian yang menakjubkan untuk berada di sini. -AFP


(FOTO IHSAN FIFA)

Media Baharu