fb fb fb fb fb

Piala Cabaran Maybank: PM hadir saksikan perlawanan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kehangatan perlawanan persahabatan berprofil tinggi antara Manchester United dan ASEAN All-Stars sempena Piala Cabaran Maybank turut dirasai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hadir menyaksikan perlawanan bersejarah itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 8.20 malam, bersama beberapa kenamaan lain, bagi memberikan sokongan dan menyaksikan detik bersejarah yang menyatukan bintang bola sepak dari seluruh Asia Tenggara menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Perlawanan tersebut bukan sekadar acara sukan, malah menjadi manifestasi kekuatan bola sepak sebagai jambatan diplomasi serantau, mempererat hubungan antara negara-negara ASEAN melalui semangat kesukanan dan perpaduan.

Terdahulu, Manchester United, yang kini dikendalikan oleh Ruben Amorim, tiba di Kuala Lumpur selepas menamatkan aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Old Trafford pada Ahad lepas.

Kunjungan kali ini juga mencatat sejarah tersendiri selepas kali terakhir kelab berkenaan beraksi. Kali terakhir mereka beraksi pada siri jelajah pramusim tahun 2009, menewaskan Malaysia XI dengan keputusan 3-2 dan 2-0.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD