fb fb fb fb fb

Piala Asia Qatar 2023, RTM kongsi jadual perlawanan Harimau Malaya

Foto FB AFC Asian Cup

KUALA LUMPUR, 5 Januari - Perlawanan Piala Asia Qatar 2023 akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Susulan itu, RTM menerusi hantaran di Instagram sukacita berkongsi jadual penuh perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya.

Semua perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan diperingkat kumpulan dan perlawanan akhir akan disiarkan secara langsung.

Bagi empat perlawanan suku akhir dan dua perlawanan separuh akhir pula akan disiarkan secara tertunda selepas tamat perlawanan.

Berikut merupakan jadual perlawanan Harimau Malaya:

1. Malaysia menentang Jordan pada 16 Januari 2024 / Selasa (1.00 Pagi).

2. Bahrain menentang Malaysia pada 20 Januari 2024 / Sabtu (10.00 Malam).

3. Korea Selatan menentang Malaysia pada 25 Januari 2024 / Khamis (7.00 Malam).

4. Perlawanan Akhir pada 10 Februari 2024 / Sabtu (10.30 Malam)

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN