fb fb fb fb fb

Inter Milan perkuat pasukan, sambar Tajon Buchanan

Foto AFP

ROM, 5 Januari- Inter Milan mengumumkan pada Jumaat telah menandatangani pemain tengah antarabangsa, Kanada Tajon Buchanan dari kelab Belgium Club Brugge.

Buchanan, yang telah memberi komitmen sehingga 2028, menelan kos belanja Inter yang dilaporkan €10 juta euro (AS$10.9 juta dolar).

Buchanan, 24, memulakan kerjaya profesionalnya dengan New England Revolution dalam MLS sebelum menyertai Club Brugge pada Januari 2022.

Dia membuat 67 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab Belgium itu, termasuk enam musim lalu dalam Liga Juara-Juara.

Tahun lalu, dia menjadi ahli pasukan Kanada yang beraksi di Piala Dunia Qatar sekali gus merekodkan 35 penampilan antarabangsa dan menjaringkan empat gol.

Inter dengan 45 mata menuju perlawanan ke-19 hujung minggu ini, melebihi dua mata daripada Juventus.

Pasukan Simone Inzaghi akan menentang Verona pada hari Sabtu tanpa rekrut Kanada mereka, yang dijangka membuat penampilan sulung pada hujung minggu berikutnya di Monza.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM