fb fb fb fb fb

Ronaldo, dinobat pemenang Anugerah Maradona

Foto AFP

LONDON, 5 Januari- Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dipilih sebagai pemenang Anugerah Maradona bagi kategori Penjaring Gol Terbaik 2023, sekali gus menambah satu lagi koleksi trofi dalam kariernya.

Pemain berusia 38 tahun itu akan menerima anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Globe Dubai edisi ke-14, 19 Januari ini dengan catatan jaringan 54 gol pada tahun lalu.

Jurulatih Ronaldo, Luis Castro mahu pemain itu terus cemerlang dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bertekad mengulangi kejayaan pada tahun ini.

Ronaldo mengetepikan pencabar terdekatnya iaitu Kylian Mbappe, Harry Kane dan Erling Haaland untuk dinobatkan selaku pemenang.

Kane dan Mbappe ketinggalan di belakang penyerang Al-Nassr itu dengan hanya dua gol, dimana masing-masing menjaringkan 52 gol dan Haaland 50 gol.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 873 gol itu, turut bersaing merebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik, Pemain Timur Tengah Terbaik dan Pemain Kegemaran Peminat.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM