fb fb fb fb fb

Pestabola Merdeka: Palestin sah tarik diri

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pasukan Palestin menarik diri daripada beraksi di Pestabola Merdeka 2023 bermula 13 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat berikutan situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram berkata pihaknya menerima pengesahan daripada Persatuan Bolasepak Palestin kira-kira 2 pagi tadi.

Menurut Sivasundram, meski pun Palestin tidak dapat beraksi di edisi ke-42 kejohanan itu, format pertandingan tetap dikekalkan.

"Jadual perlawanan di antara Malaysia menentang India adalah pada 9 malam.

"Manakala Tajikistan mendapat 'bye' dan bakal menanti pemenang perlawanan Malaysia-India di perlawanan akhir", katanya di sini.

Tambah Sivasundram, kesuntukan masa menyukarkan FAM untuk mencari pengganti.

"Kita sudah berbincang dengan dua pasukan (Tajikistan dan India) berkaitan format pertandingan.

"Mereka bersetuju kerana masalah ini membabitkan masalah penerbangan dan persediaan pasukan. Kita mendapat persetujuan tersebut", kata Sivasundram lagi.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 17 Oktober.


(Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram)

Media Baharu