fb fb fb fb fb

Nadal bakal beraksi di Terbuka Australia 2024

(FOTO AFP)

PARIS, 12 Oktober - Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal akan kembali beraksi dalam kejohanan Grand Slam di Terbuka Australia pada Januari 2024.

Perkara itu disahkan pengarah kejohanan, Craig Tiley.

Nadal tidak beraksi sejak tewas pada pusingan kedua menentang Mackenzie McDonald dari Amerika Syarikat pada Januari akibat kecederaan pinggul.

(FOTO AFP)

Pemenang 22 kali kejohanan Grand Slam itu kemudian menjalani pembedahan sebanyak dua kali bagi membolehkannya kembali beraksi.

Nadal sebelum ini berkata dia tidak akan bersara sebelum 2024.

Kemunculan semula pemain berusia 37 tahun itu amat dinanti-nantikan bagi memecah dominasi juara bertahan, Novak Djokovic.

Jaguh Serbia itu telah memenangi saingan Terbuka Australia sebanyak 10 kali.-REUTERS

Media Baharu