fb fb fb fb fb

KDA FC berpeluang ke Piala AFC musim depan, perlu menang baki perlawanan liga

(FOTO KDA FC)

ALOR SETAR, 12 Oktober- Kedah Darul Aman, KDA FC perlu memperkuatkan pasukan bagi memenangi baki empat perlawanan liga, sekali gus berpeluang menamatkan saingan Liga Super musim ini di tempat kedua dan mara ke saingan Piala AFC musim hadapan.

Bagaimanapun tugas sukar menanti KDA FC kerana tiga pasukan yang bakal ditentang selepas ini merupakan antara pencabar kedudukan dua teratas liga.

KDA FC menerusi satu memaklumkan, pasukan gergasi dari utara tanah air itu dijadual menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman pada 28 Oktober; diikuti perlawanan menentang TRW Kelantan FC di Stadium Sultan Mohamad Ke Empat, Kota Bharu pada 24 November.

Perlawanan tumpuan pastinya menentang pencabar utama iaitu Selangor FC di Stadium Darul Aman pada 2 Disember; dan perlawanan terakhir menentang Sabah FC pada 17 Disember di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Selepas 22 perlawanan, KDA FC berada di tempat ketiga dengan 47 mata, hasil 15 kemenangan, 2 seri, dan 5 kali tewas serta menjaringkan 43 gol.

Dalam pada itu, tiga pemain import skuad Liga Super, Kedah Darul Aman, KDA FC dipanggil menyertai skuad kebangsaan negara masing-masing.

Ia bagi menyertai beberapa siri perlawanan persahabatan dan Pestabola Merdeka melibatkan negara berkenaan pada pertengahan bulan ini.

Pemain terlibat ialah Manuel Ott (Filipina); Amirbek Juraboev (Tajikistan); dan Moses Atede (Bahrain).


(Dua pemain KDA FC, Manuel Hidalgo dan Ariff Farhan Md Isa beramah mesra bersama

peminat ketika Program Hari Pelanggan Pos Malaysia di Pos Malaysia
cawangan Jalan Stadium, Alor Setar, baru-baru ini)

Media Baharu