fb fb fb fb fb

CONMEBOL 2026: Nunez selamatkan maruah Uruguay

(FOTO AFP)

MONTEVIEDO, 13 Oktober -Jaringan minit akhir oleh penyerang Liverpool, Darwin Nunez berjaya menyelamatkan maruah pasukan Uruguay apabila seri 2-2 menentang Colombia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Amerika Selatan pada Khamis.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Barranquilla itu, tuan rumah, Colombia mensia-siakan kelebihan selepas mendahului pelawat 2-1 menerusi Meteus Uribe.

Colombia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang James Rodriguez pada minit ke-35 yang merembat kencang ke gawang Colombia selepas menerima hantaran lintang Santiago Arias bagi menjadikan kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Uruguay menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mathias Olivera pada minit ke-47 yang menanduk masuk sepakan sudut yang diambil Nicolas de la Cruz.

Colombia mendahului kedudukan 2-1 setelah Uribe yang mendapat umpanan Luis Diaz.

Colombia hampir-hampir berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi Luis Diaz yang berjaya memperdayakan pertahanan Uruguay sebelum merembat tinggi melepasi palang dalam cubaan satu lawan satu ketika berdepan penjaga gol Uruguay,Santiago Mele.

Pasukan Colombia yang mendominasi perlawanan dihidangkan dua peluang bagi menjaringkan gol menerusi rembatan Rodriguez yang terkena palang sebelum rembatan Jhon Arias yang turut dinafikan palang.

Uruguay menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Darwin Nunez selepas penjaga gol Colombia, Camilo Vargas yang mengasari pemain Uruguay, Maximiliano Araujo di dalam kotak penalti.

Pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad kuning kedua buat penjaga gol Colombia berkenaan sekali gus diarahkan keluar padang.

Kesempatan berkenaan bingkas diambil Nunuz bagi menyamakan kedudukan 2-2 sekali gus memberikan mata penting buat pasukan yang dibimbing Marcelo Bielsa.

Pasukan Colombia kini ditangga ketiga kumpulan dengan lima mata, manakala Uruguay ditangga keempat dengan empat mata.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu