fb fb fb fb fb

CONMEBOL 2026: Argentina kekal rekod tanpa kalah

(FOTO AFP)

BUENOS AIRES, 13 Oktober - Juara Piala Dunia 2022, mengekalkan rekod tanpa kalah dengan kemenangan ketiga berturut-turut apabila menumpaskan Paraguay 1-0 pada Khamis.

Gol jaringan pemain pertahanan, Nicolas Otamendi pada minit ke-3 perlawanan sudah cukup memadai buat anak-anak buah Lionel Scaloni meraih tiga mata berharga.

Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi yang bergelut dengan isu kecergasan dimasukkan pada separuh masa kedua bagi mengekalkan dominasi permainan hampir-hampir menambahkan gol buat skuad yang diberi jolokan 'Albacete'. Namun percubaannya terkena tiang gol.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium River Plate itu, pemain pertahanan veteran, Nicolas Otamandi mencuri tumpuan dengan voli menarik hasil sepakan sudut Rodrigo De Paul yang menerjah jaring Paraguay.

De Paul yang bertindak cemerlang pada perlawanan berkenaan, hampir menggandakan kedudukan buat Argentina tiga minit sebelum rehat, namun percubaannya terkena palang gol.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Paraguay dilihat mengubah corak permainan dengan corak bertahan dan berdisiplin.

Perubahan taktikal itu, menyebabkan Argentina sukar menembusi pertahanan Paraguay.

Keadaan itu menyebabkan, pengendali Argentina, Scaloni membuat perubahan dengan memasukkan Lionel Messi pada minit ke-53 menggantikan Julian Alvarez.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat permainan menyaksikan Argentina kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu