fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Dunia 2026: Venezuela ikat Brazil

(FOTO AFP)

CUIABA, 13 Oktober - jaringan lewat permainan oleh Venezuela memberikan satu mata berharga buat pasukan tersebut sekali gus mengikat keputusan seri 1-1 dengan bekas Juara Piala Dunia sebanyak lima kali, Brazil.

Brazil sebelum tidak pernah tewas kepada Venezuela dalam aksi kompetetif gagal menewaskan skuad 'Vinotinto' dikecewakan dengan jaringan menarik Eduard Bello.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Arena Pantanal itu, Brazil terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Neymar pada minit ke-49 menerusi tandukan hasil sepakan sudut yang diambil Gabriel Rose.

Gol berkenaan menyebabkan Venezuela semakin bersemangat mendominasi permainan dan hampir-hampir menyamakan kedudukan menerusi Wilker Angel pada minit ke-62, namun tandukan pemain berkenaan tersasar.

Brazil terlepas peluang bagi menggandakan kedudukan selepas rembatan pemain sayapnya, Rodrygo mengenai tepi jaring Venezuela.

Ketika perlawanan berbaki lima minit, para penonton di Cuiaba dikejutkan dengan gol akrobatik oleh Bello pada minit ke-85 bagi menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu meletakkan Brazil ditangga kedua kumpulan di belakang pendahulu, Argentina dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan.-AFP


(Pemain tengah, Eduard Bello meraikan gol akrobatik ketika menentang Brazil/FOTO
AFP)

Media Baharu