fb fb fb fb fb

Dilantik pengurus baharu, Rooney sasar bawa Birmingham kembali ke EPL

(FOTO FB BCFCofficial)

BIRMINGHAM, 13 Oktober - Bekas pemain Manchester United dan penyerang England, Wayne Rooney berkata fokus utamanya adalah untuk membawa kembali kelab Birmingham yang kini bermain di Liga Kejuaraan Kelab kembali menjadi pencabar di Liga Perdana Inggeris.

Rabu lalu, Rooney dilantik sebagai pengurus baharu kelab berkenaan yang dimiliki oleh bekas pemain NFL Tom Brady.

Birmingham kini menghuni tangga keenam kejuaraan liga dengan 18 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

"Matlamat utama pengurusan kelab dan saya sendiri adalah untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL)", kata Rooney pada sidang media, semalam (Khamis).

Rooney berkata dia berharap dapat memfokuskan terhadap pembentukan dan pembangunan pemain-pemain muda, peluang yang jarang didapati olehnya.

Rooney menggantikan John Eustace selepas meletakkan jawatan sebagai jurulatih DC United selepas kelab berkenaan tersingkir daripada 'Playoff' Piala MLS buat tahun keempat berturut-turut.

"Saya bersedia untuk mengemudi kelab ini (Birmingham City) ke fasa seterusnya dan saya teruja menjadi sebahagian daripada kelab ini", kata Rooney yang mengikat kontrak selama tiga tahun setengah bersama kelab berkenaan.-REUTERS


(Wayne Rooney dilantik sebagai Pengurus baharu Birmingham City/FOTO FB BCFCofficial)

Media Baharu