fb fb fb fb fb

Natasha rangkul emas Kejohanan Boling Dunia

(FOTO FB majlissukannegaramalaysia)

SALMIYA, 10 Oktober - Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas acara individu setelah menewaskan rakan senegara, Sin Li Jane 2-1 pada Kejohanan Boling Dunia IBF di sini.

Natasha tampil menyakinkan pada perlawanan pertama dengan catatan 259 jatuhan pin untuk mengatasi Jane yang melakukan 194 jatuhan pin.

Jane kemudian bangkit di perlawanan kedua dengan melakukan 238 jatuhan pin berbalas 162.

Natasha bagaimana pun kembali memperkemas balingannya pada aksi penentuan untuk menang 185 berbalas 165.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada 2011 di Hong Kong.


(FOTO FB majlissukannegaramalaysia)

Media Baharu