fb fb fb fb fb

Augsburg pecat Enrico Maassen

(Enrico Maassen)

MUNICH, 10 Oktober- Pasukan Bundesliga Augsburg pada Isnin memecat ketua jurulatih Enrico Maassen selepas pasukan itu mencatat kekalahan 2-1 kepada Darmstadt.

"Selepas perbincangan mendaam dan penilaian situasi pasukan, FC Augsburg telah memutuskan untuk memecat jurulatih Enrico Maassen berkuat kuasa serta-merta," kata kelab Bavaria itu dalam satu kenyataan.

Augsburg berkata "perubahan kepada jawatan jurulatih" diperlukan selepas pasukan itu tersingkir ke saingan divisyen 3 Piala Jerman dan hanya satu kemenangan dalam tujuh perlawanan Bundesliga meninggalkan kelab itu satu mata di atas zon penyingkiran.

Jurulatih bawah 23 tahun Augsburg, Tobias Strobl akan mengambil alih jawatan nombor satu itu secara sementara, kata Augsburg.

Maassen dilantik selaku jurulatih Augsburg pada musim panas 2022, selepas melatih pasukan simpanan Borussia Dortmund.

Bekas pemain berusia 39 tahun itu memastikan kelab itu kekal di liga teratas dengan menduduki tempat ke-15 musim lalu.

Kedudukan tertinggi kelab Bavaria itu dalam Bundesliga ialah kelima pada penghujung musim 2014/15.

Maassen menjadi jurulatih Bundesliga pertama musim ini yang dipecat daripada jawatannya.-AFP


(Enrico Maassen)

Media Baharu