fb fb fb fb fb

Pertembungan Pacquiao - Barrios berakhir seri

Pacquiao (kanan) akui Barrios lawan yang hebat/Foto Reuters

LAS VEGAS, 20 Julai - Hasrat lagenda tinju, Manny Pacquiao mengejar gelaran juara tertua Welterweight WBC sekali lagi tidak kesampaian apabila pertemuannya bersama Mario Barrios di MGM Grand Garden Arena berakhir seri.

Keputusan itu membolehkan Barrios mempertahankan tali pinggang Welterweight WBC miliknya.

Pacquiao pada awalnya yakin dapat menewaskan Barrios, namun mengakui lawannya sukar untuk dijinakkan dan ia merupakan pertarungan yang sengit.

Petinju asal Filipina itu sudah pun memegang rekod juara welterweight tertua, selepas menewaskan Keith Thurman pada 2019.

Beliau juga telah disenarai dalam Dewan Kemasyhuran Tinju Antarabangsa, bulan lepas.

Pacquiao mendominasi pada awal pertarungan namun Barrios melakukan lebih banyak pukulan.

Kedua-duanya akan bertemu semula dalam pertarungan timbal balas.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD