fb fb fb fb fb

Persiapan sukan Olimpik musim sejuk Milan-Cortina 2026, berjalan lancar

Foto Reuters

MILAN, 29 Oktober – Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan-Cortina 2026 yakin persiapan kini berada di landasan tepat menjelang upacara pembukaan yang bakal berlangsung 6 Februari tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Andrea Varnier, berkata persiapan dan penglibatan pelbagai bandar di utara Itali kini hampir siap sepenuhnya dengan hanya 100 hari lagi sebelum temasya bermula.

Pengarah Eksekutif Sukan Olimpik di Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Christophe Dubi berkata cabaran utama temasya kali ini adalah jarak antara venue yang meliputi kawasan luas dari Milan ke Pergunungan Dolomites.

“Sukan adalah simbol perpaduan. Walaupun cabaran masih ada, segala persiapan menunjukkan kemajuan yang positif," katanya.

Dengan kos keseluruhan dianggarkan memakan belanja AS$6.05 bilion, temasya kali ini menumpukan kepada penggunaan kemudahan sedia ada bagi mengurangkan perbelanjaan besar seperti edisi terdahulu di Sochi, Pyeongchang dan Beijing.

Hanya dua venue baharu dibina iaitu gelanggang bobsleigh di Cortina dan arena serba guna Santa Giulia di Milan yang masih dalam pembinaan tetapi dijangka siap tepat pada waktunya.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN