PARIS, 29 Oktober - Pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz kandas seawal pusingan pertama dalam kejohanan Paris Masters.
Bintang Sepanyol itu tewas mengejut kepada pemain di ranking ke-31 dunia dari Britain, Cameron Norrie, 4-6, 6-3, 6-4.
Juara Grand Slam sebanyak enam kali itu tidak pernah memenangi Paris Masters dalam lima percubaan sebelum ini.
Alcaraz kini berdepan kehilangan gelaran nombor satu dunia sekiranya pencabar terdekatnya, Jannik Sinner memenangi kejohanan di ibu negara Perancis itu.
Pemain berusia 30 tahun itu baharu kembali ke gelanggang selepas berehat selama tiga minggu akibat mengalami kecederaan buku lali.
Meski bermula dengan baik, prestasinya merosot pada pertengahan perlawanan.
"Saya kecewa dengan tahap permainan saya pada hari ini, " kata Alcaraz semasa ditemui pemberita selepas perlawanan itu. - REUTERS